Tuesday, December 28, 2010

MESYUARAT PEMILIHAN REKABENTUK MASJID

Bandar Bukit Raja: Mesyuarat telah diadakan pada 11hb Disember 2010 (Sabtu) jam 10 pagi di Sales Gallery Sime Darby Bandar Bukit Raja. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi AJK Pembinaan Masjid BBR iaitu Saudara Mohamad Nazri Mohd Nor. Mesyuarat turut dihadiri oleh 2 Penasihat iaitu Ustaz Rostam (Lembaga Zakat Selangor) dan Haji Ajran (Ketua Kampung Batu Belah).

Selain AJK Pembinaan Masjid, mesyuarat juga dihadiri oleh wakil penduduk dari taman-taman di Bandar Bukit Raja. Kata putus dicapai oleh ahli mesyuarat untuk memilih rekabentuk masjid yang memenuhi kriteria asas seperti kos pembinaan, kos penyelenggaraan, kemudahan asas ahli jemaah terutama kemudahan wuduk dan tandas, aliran trafik dan parkir, pusat pentadbiran masjid dan kemudahan para musafir.

Thursday, December 23, 2010

Ceramah Perdana Ustaz Dr Zahazan Mohamed Sempena Taklimat Pembinaan Masjid Di Taman Awam Gamelan


ROADSHOW TAKLIMAT PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA SIRI 2

22 DISEMBER 2010 (RABU) JAM 9.00 MALAM

TAHNIAH!!! buat penganjur majlis dari Jalan Gamelan - 4 Persatuan Penduduk iaitu Daisy + Lotus + Violet + Andira.

Kehadiran Ustaz Dr Zahazan Mohamed ternyata berjaya menarik kira-kira 200 penduduk sekitar Jalan Gamelan. Pihak Ustaz sendiri melahirkan rasa bangga dengan usaha 'anak-anak muda' di BBR ni yang berusaha merealisasikan pembinaan masjid ini.

Dalam ceramahnya juga, beliau menekankan aspek usaha umat zaman Nabi SAW untuk membina masjid. Dan juga, bagaimana pentingnya Nabi membina masjid sebagai tempat untuk mengembangkan Islam bukan sekadar tempat ibadat.
















Ternyata usaha penganjur menyelitkan 'sesuatu' yang dapat menarik perhatian ramai penghuni sekitar boleh dikatakan sebagai 'berjaya'. Bila orang dah ramai, barulah mesej dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan.


Jika Siri 1 bermula di Impressa yang dibuat sempena Majlis Tahlil & Doa Selamat...
Apa pula yang akan diselitkan pada Siri ke-3.... yang akan dituanrumahkan oleh
Persatuan Penduduk 3 Casa iaitu CASABELA + CASAVISTA + CASANOVA.
Kita tungguuuuuu...7 Januari 2011 nanti...


Majlis taklimat ini juga dihadiri oleh Ustaz Rostam sebagai Penasihat AJK Pembinaan Masjid.
Majlis bersurai jam 11.00 malam.

Alhamdulillah!!!

Saturday, November 13, 2010

Talimat Perkembangan Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja

--------------------------------------------------------------------------------------

BLOG MASJID BANDAR BUKIT RAJA


--------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, November 10, 2010

Statistik Bandar Bukit Raja

Pecahan Penduduk Mengikut Umur





Status Pembinaan #2

10-Jan-10 Perjumpaan Jawatankuasa Kerja kali ke-3
19-Jan-10 Terima surat sokongan daripada YB ADUN Meru
22-Jan-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -4
18-Feb-10 Surat tauliah lantikan ahli jawatankuasa
19-Feb-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -5
21-Feb-10 Terima surat sokongan daripada Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Kpg. Batu Belah
21-Feb-10 Penyediaan kertas kerja draf 1
24-Feb-10 Surat mohon sokongan daripada OBD Klang - Dato' Abd Ghani
9-May-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -6
20-May-10 Carian borang 12B (kali ke-2) di Pejabat Tanah & Daerah Klang
12-Jul-10 Surat mohon warta tapak masjid kepada PTD
14-Jul-10 Perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Masjid PAID - Ust. Hairul Anuar
27-Jul-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -7
30-Jul-10 Surat pertanyaan status tapak masjid daripada SDP
4-Aug-10 Surat mohon pengesahan jawatakuasa
13-Aug-10 Terima surat pengesahan status tapak masjid daripada MP Klang
17-Aug-10 Terima surat sokongan daripada Penghulu Mukim Bukit Rajah
25-Aug-10 Terima surat pengesahan tapak masjid daripada Sime Darby Property
30-Aug-10 Surat mohon kebenaran merancang kepada Bah. Perancang Bandar MP Klang
1-Sep-10 Penambahbaikan kertas kerja versi 2.0
15-Oct-10 Terima borang 12B - pindah milik tanah
17-Oct-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -8
31-Oct-10 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali -9



Tuesday, November 9, 2010

Status Pembinaan #1


06 Nov 2009 - Surat maklum kepada YB Adun Meru berkenaan hasrat pembinaan masjid

08 Nov 2009 - Perjumpaan penduduk-penduduk Islam BBR.

15 Nov 2009 - Mesyuarat pertama J/K Pembinaan Masjid
- perlantikan AJK tertinggi
- pembentukan sekretariat

22 Nov 2009 - Mesyuarat Pertama AJK tertinggi

25 Nov 2009 - Perjumpaan dengan penasihat projek - Ust. Rstam (LZS)

26 Nov 2009 - Perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Masjid, PAID Klang

01 Dis 2009 - Perjumpaan dengan penasihat projek, Tn Haji Ajran

04 Dis 2009 - Mesyuarat kedua AJK tertinggi

06 Dis 2009 - Mesyuarat kedua jawatankuasa pembinaan masjid
- kelulusan bajet fasa permulaan - RM 500
- edaran borang bancian penduduk Islam

10 Dis 2009 - Permulaan program banci penduduk Islam BBR.

05 Jan 2010 - Perjumpaan dengan pemaju (Sime Darby Property), Tn Hj Zulkifli.

06 Jan 2010 - Susulan dengan Pejabat Tanah Klang dan Jabatan Perancangan Bandar, MPK

08 Jan 2010 - Mesyuarat ketiga AJK tertinggi