

22 DISEMBER 2010 (RABU) JAM 9.00 MALAM
TAHNIAH!!! buat penganjur majlis dari Jalan Gamelan - 4 Persatuan Penduduk iaitu Daisy + Lotus + Violet + Andira.
Kehadiran Ustaz Dr Zahazan Mohamed ternyata berjaya menarik kira-kira 200 penduduk sekitar Jalan Gamelan. Pihak Ustaz sendiri melahirkan rasa bangga dengan usaha 'anak-anak muda' di BBR ni yang berusaha merealisasikan pembinaan masjid ini.
Dalam ceramahnya juga, beliau menekankan aspek usaha umat zaman Nabi SAW untuk membina masjid. Dan juga, bagaimana pentingnya Nabi membina masjid sebagai tempat untuk mengembangkan Islam bukan sekadar tempat ibadat.
Ternyata usaha penganjur menyelitkan 'sesuatu' yang dapat menarik perhatian ramai penghuni sekitar boleh dikatakan sebagai 'berjaya'. Bila orang dah ramai, barulah mesej dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan.
Jika Siri 1 bermula di Impressa yang dibuat sempena Majlis Tahlil & Doa Selamat...
Apa pula yang akan diselitkan pada Siri ke-3.... yang akan dituanrumahkan oleh
Persatuan Penduduk 3 Casa iaitu CASABELA + CASAVISTA + CASANOVA.
Kita tungguuuuuu...7 Januari 2011 nanti...
Majlis taklimat ini juga dihadiri oleh Ustaz Rostam sebagai Penasihat AJK Pembinaan Masjid.
Majlis bersurai jam 11.00 malam.
Alhamdulillah!!!
Kalu jemput MAHER ZAIN ok tak.... :D
ReplyDelete