Saturday, January 22, 2011

pilih logo masjid...

Salam,
ada beberapa cadangan untuk logo baru Jawatankuasa pembinaan masjid.
untuk itu satu poll telah dibuat untuk memilih logo baru..

Poll boleh dibuat di laman facebook "Rakan Masjid Bandar Bukit Raja"

.

Monday, January 17, 2011

Gambar Sekitar Roadshow Siri 3 di CasaBella/CasaVista





Roadshow Siri 3 @ CasaBella & CasaVista

15 Jan 2011,Bandar Bukit Raja:

Tahun baru 2011 membuka tirai dengan usaha menghebahkan maklumat kepada penduduk berkenaan dengan pembinaan masjid ini diteruskan. Kali ini pada tanggal 15 Januari 2011 (Sabtu) bermula jam 9.00 malam, telah berlangsung satu lagi Roadshow yang ke 3 bertempat di Padang Bola CasaVista. Tuan rumah kali ini ialah Persatuan Penduduk CasaBella dan Persatuan Penduduk CasaVista.

Kira-kira 200 penduduk dari taman berdekatan telah hadir. Majlis di Pengerusikan oleh En Erwan dari Casabella dan didahulukan dengan Ceramah Perdana oleh YBhg Ustaz Ghazali Omar dari Kuala Selangor.

Ustaz Ghazali menekankan aspek kepentingan mewujudkan masjid dan jangan lupa akan pengimarahannya bila dah ada kelak. Beliau mentafsirkan MASJID dalam maksud berikut:

M = Mesyuarat
A = Amal soleh
S = Silaturrahim
J = Jihad
I = Ilmu
D = Dakwah

MASJID adalah pusat perkembangan buat orang Islam. Perlu ada mesyuarat untuk mentadbirnya. Tempat dimana orang Islam mengamalkan ibadat (amal soleh) yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tempat di mana terjalin dan dikukuhkan hubungan silaturrahim sesama Islam. Dan kita perlu berjihad untuk perkembangan Islam. Kehadiran ke masjid juga adalah satu jihad yang mana kita meninggalkan keseronokan di rumah untuk berkunjung ke rumah Allah. Masjid juga adalah pusat perkembangan ilmu khususnya ilmu-ilmu akhirat. Dan, masjid adalah pusat dakwah. Selain itu, kita perlu berdakwah kepada diri kita, ahli keluarga kita dan masyarakat sekeliling kita amnya. So.... jemputlah diri kita untuk hadir ke masjid/surau... kerana di situ terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Kira-kira jam 10 malam, penyampaian taklimat dibuat oleh Saudara Nazri (Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid BBR). Respon yang positif diterima daripada masyarakat setempat yang hadir. Majlis tamat kira-kira jam 11.15 malam.

Surat MPK dan sokongan Penghulu



Pengesahan status tapak masjid telah diperolehi daripada MPK melalui suratnya yang bertarikh 13 Ogos 2010. Surat berkenaan juga mengesahkan bahawa lot tanah tersebut juga diperuntukkan untuk sekolah agama kerajaan.

Sekarang ni, terpulanglah kepada kita sebagai masyarakat secara amnya dan sebagai orang Islam setempat khususnya untuk memperjuangkan pembinaan masjid dan sekolah agama di sini. 'Push' terhadap pihak berkenaan perlu terus dilakukan.. semakin ramai tangan yang 'push'...Insya Allah semakin cepat perkara ini kita capai.

Dan, kita juga mendapat sokongan yang padu daripada Penghulu Kawasan Bukit Raja Klang yang dibuktikan melalui surat Tuan Haji Jantan Abd Ghani iaitu Penghulu Mukim Kapar bagi kawasan BBR ini....Alhamdulillah.


Surat Sime Darby

Pihak Sime Darby telah membuat pengesahan tentang kelulusan merezabkan tapak tanah untuk kegunaan masjid di Bandar Bukit Raja ini.

Surat bertarikh 25 Ogos 2010 yang ditandatangani oleh En Razali Yusof iaitu Penolong Naib Presiden 1 Sime Darby jelas menyatakan bahawa lot tanah bernombor 51388 merupakan lot tanah yang direzabkan untuk kegunaan rumah ibadat ini.

Justeru, usaha kita ini berada di landasan yang betul untuk merealisasikan pembinaan masjid di kawasan ini. Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur atas kurniaan Ilahi.... marilah berdoa agar segala usaha ke arah ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan sama-samalah kita sebagai ahli kariah mahupun bakal ahli kariah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada AJK yang diamanahkan untuk terus berusaha ke arah ini.

Sokongan bukan sahaja dengan hanya mengangkat ibu jari (thumbs-up).....tetapi perlu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk terutama sokongan moral. Setidaknya, sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan anda akan adanya usaha ini. Dan akan tiba waktunya nanti, kita memerlukan sejumlah wang untuk disumbangkan bagi pembinaan masjid ini.

Melakukan pekerjaan yang tidak bergaji ini amat memerlukan pengorbanan yang tinggi baik wang ringgit mahupun masa dan menuntut setiap dari kita meninggikan tahap keimanan masing-masing. Bersyukur kita akan adanya usaha seperti ini demi kemakmuran bersama...

Sekitar Roadshow Siri 2 di Jalan Gamelan






















Sunday, January 16, 2011

Roadshow Siri 1 Bermula Di Impressa






Taklimat pembinaan masjid telah dimulakan oleh Persatuan Penduduk Impressa. Taklimat dibuat bersempena dengan majlis tahlil dan doa selamat di rumah salah seorang penduduk di kejiranan tersebut. Alhamdulillah, dengan bermulanya siri 1 ini...telah disusuli dengan siri ke-2 dan ke-3 (setakat ni). Orang kata, perjalanan yang jauh perlu bermula dengan langkah pertama terlebih dahulu.....