Monday, January 17, 2011

Roadshow Siri 3 @ CasaBella & CasaVista

15 Jan 2011,Bandar Bukit Raja:

Tahun baru 2011 membuka tirai dengan usaha menghebahkan maklumat kepada penduduk berkenaan dengan pembinaan masjid ini diteruskan. Kali ini pada tanggal 15 Januari 2011 (Sabtu) bermula jam 9.00 malam, telah berlangsung satu lagi Roadshow yang ke 3 bertempat di Padang Bola CasaVista. Tuan rumah kali ini ialah Persatuan Penduduk CasaBella dan Persatuan Penduduk CasaVista.

Kira-kira 200 penduduk dari taman berdekatan telah hadir. Majlis di Pengerusikan oleh En Erwan dari Casabella dan didahulukan dengan Ceramah Perdana oleh YBhg Ustaz Ghazali Omar dari Kuala Selangor.

Ustaz Ghazali menekankan aspek kepentingan mewujudkan masjid dan jangan lupa akan pengimarahannya bila dah ada kelak. Beliau mentafsirkan MASJID dalam maksud berikut:

M = Mesyuarat
A = Amal soleh
S = Silaturrahim
J = Jihad
I = Ilmu
D = Dakwah

MASJID adalah pusat perkembangan buat orang Islam. Perlu ada mesyuarat untuk mentadbirnya. Tempat dimana orang Islam mengamalkan ibadat (amal soleh) yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tempat di mana terjalin dan dikukuhkan hubungan silaturrahim sesama Islam. Dan kita perlu berjihad untuk perkembangan Islam. Kehadiran ke masjid juga adalah satu jihad yang mana kita meninggalkan keseronokan di rumah untuk berkunjung ke rumah Allah. Masjid juga adalah pusat perkembangan ilmu khususnya ilmu-ilmu akhirat. Dan, masjid adalah pusat dakwah. Selain itu, kita perlu berdakwah kepada diri kita, ahli keluarga kita dan masyarakat sekeliling kita amnya. So.... jemputlah diri kita untuk hadir ke masjid/surau... kerana di situ terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Kira-kira jam 10 malam, penyampaian taklimat dibuat oleh Saudara Nazri (Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid BBR). Respon yang positif diterima daripada masyarakat setempat yang hadir. Majlis tamat kira-kira jam 11.15 malam.

No comments:

Post a Comment