Monday, January 17, 2011

Surat Sime Darby

Pihak Sime Darby telah membuat pengesahan tentang kelulusan merezabkan tapak tanah untuk kegunaan masjid di Bandar Bukit Raja ini.

Surat bertarikh 25 Ogos 2010 yang ditandatangani oleh En Razali Yusof iaitu Penolong Naib Presiden 1 Sime Darby jelas menyatakan bahawa lot tanah bernombor 51388 merupakan lot tanah yang direzabkan untuk kegunaan rumah ibadat ini.

Justeru, usaha kita ini berada di landasan yang betul untuk merealisasikan pembinaan masjid di kawasan ini. Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur atas kurniaan Ilahi.... marilah berdoa agar segala usaha ke arah ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan sama-samalah kita sebagai ahli kariah mahupun bakal ahli kariah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada AJK yang diamanahkan untuk terus berusaha ke arah ini.

Sokongan bukan sahaja dengan hanya mengangkat ibu jari (thumbs-up).....tetapi perlu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk terutama sokongan moral. Setidaknya, sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan anda akan adanya usaha ini. Dan akan tiba waktunya nanti, kita memerlukan sejumlah wang untuk disumbangkan bagi pembinaan masjid ini.

Melakukan pekerjaan yang tidak bergaji ini amat memerlukan pengorbanan yang tinggi baik wang ringgit mahupun masa dan menuntut setiap dari kita meninggikan tahap keimanan masing-masing. Bersyukur kita akan adanya usaha seperti ini demi kemakmuran bersama...

No comments:

Post a Comment