Saturday, February 12, 2011

Surat Kebenaran Membina Masjid Di Bandar Bukit Raja Dari JAIS Telah Diterima


Alhamdulillah....

Usaha membina sebuah masjid di Bandar Bukit Raja ini berada pada landasan yang betul di mana kita telah menerima surat kebenaran membina masjid daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Surat bertarikh 31 Januari 2011 itu telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS iaitu Tn Hj Marzuki Hussin yang mana meminta pihak kita juga diminta mendapatkan kerjasama dari Pejabat Mufti untuk menetapkan arah kiblat.

Insya Allah, sama-samalah kita mengatur langkah-langkah yang ke seterusnya demi merealisasikan pembinaan masjid ini.

Friday, February 11, 2011

Belanjakanlah Rezekimu Ke Jalan Yang Benar


MARI KITA FIKIR SEJENAK...

Dah berapa banyak kita habiskan wang/rezeki yang Allah bagi untuk jalan-jalan Allah
Dah berapa banyak derma/sumbangan dari rezeki kita untuk orang yg memerlukan
Dah berapa banyak Allah berikan pendapatan rezeki selama kita hidup
Dah berapa banyak Allah berikan pendapatan rezeki sepanjang kita bekerja

Namun... kita jarang berfikir,
Adakah rezeki yang kita dapati itu semuanya milik kita...
Mungkin ada sebahagiannya bukan milik kita sebenarnya..
Tapi milik orang lain...

Namun...kita telah 'membelanjakan'nya ke jalan yang tidak sepatutnya..
Sebagai contoh.... R.O.K.O.K....
Tahukah kita, produk keluaran Yahudi ini dicipta untuk merosakkan kita..
Rosak badan
Rosak akidah

Janganlah nanti kita tak dapat menjawab soalan malaikat...
"DARIMANA PENDAPATAN KAMU?
KE MANA KAMU BELANJAKANNYA....?"

Ayuhhhhhh....jihad lah
Jihad
Jihad
Jihad...fisabilillah......Allahu Akbar!!!!!!!!!!!!!!!