Saturday, February 12, 2011

Surat Kebenaran Membina Masjid Di Bandar Bukit Raja Dari JAIS Telah Diterima


Alhamdulillah....

Usaha membina sebuah masjid di Bandar Bukit Raja ini berada pada landasan yang betul di mana kita telah menerima surat kebenaran membina masjid daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Surat bertarikh 31 Januari 2011 itu telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS iaitu Tn Hj Marzuki Hussin yang mana meminta pihak kita juga diminta mendapatkan kerjasama dari Pejabat Mufti untuk menetapkan arah kiblat.

Insya Allah, sama-samalah kita mengatur langkah-langkah yang ke seterusnya demi merealisasikan pembinaan masjid ini.

No comments:

Post a Comment