Thursday, January 5, 2012

KUTIPAN & PERBELANJAAN BULANAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2011

ALHAMDULILLAH...

Jumlah kutipan terkumpul derma dan sumbangan wakaf
sehingga 31 Disember 2011 adalah sebanyak

RM 410, 162.24

Daripada rajah di atas, jelas menunjukkan terdapat 'pasang-surut' dalam prestasi kutipan
mengikut bulan sepanjang tahun 2011.

Sejak mendapat kebenaran memungut daripada MAIS pada April 2011,
didapati jumlah kutipan paling tinggi dicapai adalah pada OGOS 2011
yang mana didorong oleh kesedaran bersedekah pada bulan Ramadhan.

Dan, kutipan paling rendah diperolehi pada bulan November 2011
yang mana kemungkinan warga penderma mempunyai komitmen yang utama
pada perkara-perkara lain terutama dalam menghadapi cuti persekolahan.

Walau bagaimanapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua
warga penderma
kerana telah menyumbang pencapaian ini
dengan purata kutipan RM 50 ribu setiap bulan.

Ini bermakna, jika prestasi sebegini terus kekal (malah lebih baik)
kita mungkin akan mendapat
RM 1,000,000.00
yang pertama pada suku ke-3 tahun 2012.
INSYA ALLAH.

...sama-samalah kita teruskan usaha ini...

No comments:

Post a Comment