
Pujian diberikan kepada ketiga-tiga ustaz yang mengendalikan majlis itu dengan jayanya iaitu;
1. Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Ahli Panel 1)
2. Ustaz Roslan Mohamad (Ahli Panel 2)
3. Ustaz Imran Khayat (Moderator)
Ketiga-tiga ustaz ini telah hadir ke lokasi forum seawal jam 8.00 malam lagi tatkala kebanyakan penduduk di sini masih lagi bersiap-siap di rumah.
Tepat jam 8.20 malam, majlis dimulakan dan dibuka dengan ucapan pengerusi majlis (Ustaz Fahim Jamil) sebelum diserahkan kepada moderator. Ternyata kehadiran Ustaz Wan Sohor dan Ustaz Roslan memberi impak yang tersendiri yang mana memang mempunyai peminat yang ramai di sini. Ini terbukti dengan jumlah kehadiran di luar jangkaan dan kutipan pada malam tersebut diperolehi sebanyak RM 5739.20 wang tunai dan seutas rantai emas yang belum diketahui nilainya.
Terima kasih ustaz!
Terima kasih juga buat semua para sukarelawan baik dari aspek persiapan dan penyediaan jamuan. Jasa dan sumbangan anda semua amat dihargai dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua penyumbang kutipan. Hanya Allah SWT yang berhak membalas keikhlasan sumbangan anda.
Majlis telah ditutup pada jam 11.30 malam dengan penduduk mengambil kesempatan bergambar dengan ahli panel yang disayangi.
No comments:
Post a Comment