Wednesday, February 22, 2012

MAJLIS JALINAN UKHUWWAH

11 FEB 2012 (SABTU)- Surau Ar Raudhah.










Satu perjumpaan antara Jawatankuasa Pembinaan Masjid BBR (JPMBBR) dengan penduduk BBR telah dilakukan di sini sebaik selepas solat Isyak berjemaah. Sebelum itu, jemaah surau 'dihidangkan' dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Yg Berbahagia Ustaz Fairuz Shah yang kemudian disertai dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Seramai kira-kira 30 orang telah menyertai majlis ini yang mana rata-ratanya merupakan jemaah surau dan wakil-wakil persatuan penduduk taman di BBR.


Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Azahar Mohd Yunus yang merupakan pemangku Pengerusi JPMBBR. Dalam ucapan aluan beliau, antara objektif majlis ini adalah untuk memberi info kepada seluruh penduduk tentang status projek pembinaan masjid ini selain daripada mengundang kepada mana-mana penduduk yang secara sukarela melibatkan diri dalam aktiviti dan kerja-kerja jawatankuasa pembinaan masjid ini di samping merapatlan lagi ukhuwwah sesama muslim di BBR ini terutama dalam menjayakan projek pembinaan masjid ini.


Majlis diteruskan dengan laporan kutipan dan rancangan di tahun 2012 oleh setiausaha JPMBBR iaitu saudara Nazri Mohamed Nor. Antara perkara yang diketengahkan ialah:


1. Status kutipan sehingga Januari 2012 ialah RM431 ribu.
2. RM 1.6 juta lagi perlu diburu
3. Sasaran 2012: RM 1 juta pertama
4. Pelan rancangan 2012
Q1 (Jan-Mac) - Forum Perdana Ehwal Islam di Zapin
- Edaran BULETIN Rakan Masjid Bandar Bukit Raja siri 1

Q2 (Apr-Jun) - Roadshow JPMBBR ke perumahan BBR

Q3 (Jul-Ogos) - Karnival Rakan Masjid Bandar Bukit Raja 2.0
- Program Ramadhan di Surau Ar Raudhah

Q4 (Sep-Dis) - Edaran BULETIN Rakan Masjid Bandar Bukit Raja siri 2


Untuk menjayakan setiap rancangan yang telah diatur, pihak JPMBBR amat mengalukan penglibatan semua pihak terutama penduduk tempatan tidak kira dalam apa jua bentuk bantuan baik dari tenaga kerja, idea, wang ringgit mahupun pengaruh.


Majlis telah ditangguhkan pada jam 11.45 malam.

Temujanji seterusnya diteruskan dengan sesi taklimat sukarelawan yang akan diadakan pada 25.2.2012 pada waktu dan tempat yang sama.

1 comment:

  1. Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg


    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    Sertailah Forum ASWJ di : http://fahamislam.com/forum/

    ReplyDelete