TETAPKAN TEMUJANJI KITA....
TARIKH: 30 JUN 2012 & 1 JULAI 2012
HARI : SABTU & AHAD
LOKASI : KAWASAN PARKIR TAIPAN BBR
AGENDA:
30 JUN 2012
9.00 Pagi : Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
10.00 Pagi : Majlis Perasmian KARMA BBR 2.0
10.30 Pagi : Demostrasi BOMBA & Majlis Pelancaran Kempen " Teman Pili Bomba" Peringkat Klang
12.30 Tengahari : Klinik Keselamatan Jalan Raya oleh Kelab Skuter Malaysia (KSM)
1.00 Tengahari : Rehat & Solat Zohor Berjemaah di tapak KARMA
2.00 Petang : Sembang Jenayah bersama KAMAL AFFENDI HASHIM (menampilkan Man Raja Lawak)
4.30 Petang : Solat Asar Berjemaah di tapak KARMA
5.00 Petang : Kemunculan Selebriti Bolasepak Malaysia sempena FINAL Liga Super BBR
5.15 Petang : Perarakan Selebriti Bolasepak ke padang bola untuk FINAL Liga Super BBR
6.45 Petang ; Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Liga Super BBR
7.15 Malam : Solat Berjemaah: Maghrib & Solat Hajat
8.00 Malam : Teropong Bintang bersama Jabatan Falak Selangor
8.30 Malam : Solat Isyak Berjemaah
9.00 Malam : Forum Perdana Ehwal Islam bersama Ustazah Zawiyah Hassan & Ustaz Zulkifli Ahmad
1 JULAI 2012
7.30 Pagi : Senaman Tai Chi
8.00 Pagi : Explorace Basikal
8.30 Pagi : Streetsoccer- peringkat saringan
9.00 Pagi : Pendaftaran kanak-kanak untuk ANAK-ANAKKU SAYANG Bersama Ustaz Zamri Mantop
9.30 Pagi : Kemunculan UPIN & IPIN
10.00 Pagi : Program ANAK-ANAKKU SAYANG Bersama Ustaz Zamri Mantop
12.30 Tengahari : Kemunculan kedua UPIN & IPIN
1.00 Tengahari : Rehat & Solay Zohor Berjemaah
2.00 Petang : Separuh Akhir Streetsoccer
4.30 Petang : Solat Asar berjemaah
5.30 Petang : FINAL Streetsoccer
6.00 Petang : Majlis Penyampaian Hadiah pemenang kejohanan Streetsoccer
7.15 Petang : Solat Maghrib berjemaah
8.00 Malam : Majlis Penutup & Pelancaran Kempen Kutipan RM 1.0 juta pertama
9.00 Malam : Konsert Kesenian Islam
- Iwan Syahman (Iwan Dangdut), Mel Wings, Radzi Melissa, Az-Zifr, Sofian SAUJANA
Jangan Lepaskan Hidangan Ini......Disajikan untuk kita semua......
Sunday, May 27, 2012
Sunday, May 6, 2012
SOIL INVESTIGATION
Kerja-Kerja Penyiasatan Struktur Tanah
telah bermula sejak Selasa 24 April 2012 untuk mengenalpasti jenis & sifat tanah
dan kaedah piling yang akan digunakan nanti. Maklumat berkaitan tanah diperlukan
oleh pihak perunding C&S untuk penyediaan pelan struktur bangunan masjid dan secara langsung
kos pembinaan struktur akan diketahui. Pihak perunding projek bersama JK teknikal pembinaan Masjid BBR
sedang membuat persiapan untuk menyerahkan permohonan kelulusan pelan bangunan kepada MPK
yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
EDARAN BULETIN RAKAN MASJID KEPADA PENDUDUK MUSLIM BBR
Satu projek khas mengedarkan risalah Buletin Rakan Masjid
kepada semua penduduk Muslim di BBR telah dilakukan
pada sekitar awal bulan April 2012 lalu.
Seramai kira-kira 15 orang petugas yang terlibat (yang rata-rata
direkrut semasa Majlis Jalinan Ukhuwwah) dan dibahagikan
kepada 3 kumpulan.
3 kumpulan ini ditetapkan untuk 'cover' keseluruhan
perumahan di BBR ini dari Gamelan hingga ke Makyong
dan juga ke Sumazau. Begitu juga dari Inang hingga ke Zapin.
BULETIN RAKAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA- Edisi Pertama
JPMBBR telah melangkah setapak lagi dalam usaha menghebahkan segala maklumat dan berita tentang kemajuan projek pembinaan masjid ini dengan terbitnya Buletin Rakan Masjid.
Buletin ini mengandungi 4 mukasurat dan memaklumkan info pembinaan masjid sejak dari mula diusahakan sehinggalah sekarang.
Mengikut Pengerusi JPMBBR, Saudara Nazri Mohamed , buletin ini menceritakan keseluruhan perjalanan projek pembinaan masjid ini meliputi milestone projek, status kutipan terkini, info dana dan juga aktiviti jemaah di surau yang ada kini iaitu Surau Ar Raudhah.
Diharapkan dengan terbitnya buletin seperti ini akan dapat merapatkan lagi projek ini dengan seluruh warga BBR khususnya yang beragama Islam.
Pastikan anda mendapatkan buletin ini supaya tidak 'tertinggal' dalam kemajuan projek ini. Kita semua adalah 'ejen' projek pembinaan masjid ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)