JPMBBR telah melangkah setapak lagi dalam usaha menghebahkan segala maklumat dan berita tentang kemajuan projek pembinaan masjid ini dengan terbitnya Buletin Rakan Masjid.
Buletin ini mengandungi 4 mukasurat dan memaklumkan info pembinaan masjid sejak dari mula diusahakan sehinggalah sekarang.
Mengikut Pengerusi JPMBBR, Saudara Nazri Mohamed , buletin ini menceritakan keseluruhan perjalanan projek pembinaan masjid ini meliputi milestone projek, status kutipan terkini, info dana dan juga aktiviti jemaah di surau yang ada kini iaitu Surau Ar Raudhah.
Diharapkan dengan terbitnya buletin seperti ini akan dapat merapatkan lagi projek ini dengan seluruh warga BBR khususnya yang beragama Islam.
Pastikan anda mendapatkan buletin ini supaya tidak 'tertinggal' dalam kemajuan projek ini. Kita semua adalah 'ejen' projek pembinaan masjid ini.
No comments:
Post a Comment