Sunday, June 24, 2012

KAYUHAN AMAL

KARMA BBR 2.0 menganjurkan satu program rekreasi khusus untuk seluruh warga BBR yang ingin beriadah sambil beramal yang dikenali sebagai KAYUHAN AMAL.

Menggunakan basikal, para peserta diajak mengelilingi BBR sejauh 7 KM bermula dari tapak karnival dan berakhir di tempat yang sama. Kepada sesiapa yang tidak mempunyai basikal sendiri, bolehlah menyewa daripada pihak penganjur dengan caj serendah RM 30.00 sahaja.

Seramai 5 anggota RELA dan 10 sukarelawan telah disiapkan untuk mengawal lalulintas di sekitar BBR agar perjalanan program kayuhan amal ini berjalan tanpa halangan trafik.

Sertailah kami untuk beriadah sambil beramal. Terbuka kepada semua yang berminat tak kira orang BBR atau pun orang luar, tak kira Muslim ataupun bukan Muslim, tak kira lelaki mahupun wanita, tak kira yang berumur mahupun masih muda.... semua boleh join..!

3 ON 3 Streetsoccer BBR Challenge 2012

SEMPENA Karnival Rakan Masjid Bandar Bukit Raja Kali Ke-2 (KARMA BBR 2.0) yang akan berlangsung pada 30 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012, dianjurkan satu kejohanan streetsoccer untuk golongan belia yang dinamakan sebagai '3 On 3 BBR Challenge'.

Streetsoccer ini hanya melibatkan 3 orang pemain bagi satu pasukan dengan permainan berlangsung 5+1+5 iaitu durasi 5 minit dengan rehat selama 1 minit.

24 pasukan diperlukan dengan diundi dalam 8 kumpulan. Juara setiap kumpulan layak ke Suku Akhir.

Hadiah lumayan menanti pemenang;

JUARA : Wang Tunai RM 300.00 + pingat
NAIB JUARA : Wang Tunai RM 200.00 + pingat
KETIGA : Wang Tunai RM 100.00 + pingat

Berminat? Sila hubungi no. hp urusetia yang tertera pada gambar banner.
Buktikan kehebatan ANDA!