Sunday, June 24, 2012

3 ON 3 Streetsoccer BBR Challenge 2012

SEMPENA Karnival Rakan Masjid Bandar Bukit Raja Kali Ke-2 (KARMA BBR 2.0) yang akan berlangsung pada 30 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012, dianjurkan satu kejohanan streetsoccer untuk golongan belia yang dinamakan sebagai '3 On 3 BBR Challenge'.

Streetsoccer ini hanya melibatkan 3 orang pemain bagi satu pasukan dengan permainan berlangsung 5+1+5 iaitu durasi 5 minit dengan rehat selama 1 minit.

24 pasukan diperlukan dengan diundi dalam 8 kumpulan. Juara setiap kumpulan layak ke Suku Akhir.

Hadiah lumayan menanti pemenang;

JUARA : Wang Tunai RM 300.00 + pingat
NAIB JUARA : Wang Tunai RM 200.00 + pingat
KETIGA : Wang Tunai RM 100.00 + pingat

Berminat? Sila hubungi no. hp urusetia yang tertera pada gambar banner.
Buktikan kehebatan ANDA!

No comments:

Post a Comment