Tuesday, July 24, 2012

KARMA BBR 2.0 Hari Pertama- Gimik Perasmian

MAJLIS PERASMIAN telah disempurnakan oleh YB Dr Abd Rani Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri MERU. Sebelum itu, majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh para pelajar PASTI Little Syabab dengan kelolaan Ustaz Zhofir.







Turut hadir Ustaz Rostam Arafat selaku Penasihat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja.  Sementara itu, majlis ini juga adalah serentak dengan pelancaran kempen 'Teman Pili Bomba' bagi peringkat Daerah Klang yang mana telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Operasi, PgKB 1 Mohd Sani Bin Harul. Turut sama dalam senarai jemputan adalah Tuan Haji Yusof Ibrahim, Nazir Masjid Sirajuddin Al Anuar Kg Batu Belah, Tuan Haji Ajran Abdul Hamid, Ketua Kampung Batu Belah dan Tuan Haji Taifor, Ketua Kampung Mukim Meru.


Majlis diserikan juga dengan kehadiran maskot BUZZ tajaan syarikat buku Galeri Ilmu dan maskot Sang Tupai bagi Jabatan Bomba & Penyelamat. Sementara itu, para jemputan telah diarak ke tapak demonstrasi pemadaman kebakaran oleh Kumpulan Pancaragam Bagpipe dari Sekolah Tinggi Klang.







 






No comments:

Post a Comment