Monday, July 23, 2012

KARMA BBR 2.0 Hari Pertama- Pertandingan Mewarna

JAM 8.45 PAGI- Tapak karnival diserang oleh kira-kira 200 orang kanak-kanak yang datang dari sekitar BBR untuk menyertai pertandingan mewarna. Penyertaan yang menggalakkan dari pelajar sekolah sekitar BBR terutama PASTI Little Syabab, Tadika Islam Hira', Tadika Rama-Rama Impian Little Caliph dan beberapa buah tadika dari Meru.




100 penyertaan terawal telah diberikan goodies berupa kelengkapan mewarna terutama pensil warna. Program ini adalah dengan kerjasama pihak PASTI Little Syabab BBR.





 Pertandingan telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 6-8 tahun dan 9-12 tahun. Lakaran asas adalah gambar masjid. Seramai 10 pemenang dipilih dari setiap kategori. 


Semoga program ini telah mendorong anak-anak generasi baru ini mengenali dan seterusnya mencintai rumah-rumah Allah. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran ini.

No comments:

Post a Comment