Monday, August 27, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA - Final Liga Super BBR @ "Demam Euro 2012"



DEMAM EURO 2012. Sempena dengan penganjuran Euro 2012 di Poland dan Ukraine, Liga Super BBR sekali lagi dianjurkan dengan Piala Liga Liga Super BBR menjadi rebutan beserta hadiah wang tunai yang menarik. 


Jika musim lalu hanya 4 pasukan yang bertanding dengan Casabella FC menjadi juara sulung mengenepikan KR Daisy, tahun ini pihak penganjur berjaya mendapatkan 7 pasukan untuk merebut kejuaraan musim ke-2. Memandangkan ahli jawatankuasa penganjur Liga Bolasepak dan ahli jawatankuasa KARMA 2.0 rata-rata merupakan ‘muka yang sama’, lantas penjadualan liga dibuat sebaik mungkin.

 

Lalu dijumpailah bahawa 30 JUN 2012 sebagai tarikh keramat iaitu ….
-        *  Hari pertama KARMA 2.0 dan boleh dimasukkan sebagai salah satu aktiviti rasmi
-        * Demam Euro sampai ke kemuncak iaitu sehari sebelum Final antara Spain vs Italy
-        *  Sesuai dengan jadual liga yang mana mengambil masa 2 bulan bermula 5 Mei 2012
-         * Jadual liga perlu dihabiskan sebelum Ramadhan bermula iaitu 21 Julai 2012.

 


Bertitiktolak pada 11 April 2012, satu mesyuarat khas telah berlangsung khusus membincangkan pelantikan ahli jawatankuasa penganjur dan penetapan syarat-syarat penyertaan.
Pengerusi – wakil pasukan KR Daisy
Timbalan Pengerusi – wakil pasukan Casavista
Setiausaha – wakil pasukan Casabella
Bendahari – wakil pasukan campuran

 


Pada 1 Mei 2012, majlis undian kumpulan dilakukan.

KUMPULAN A: Avista FC, Bella FC dan Despira FC

KUMPULAN B: Andira FC, KR Daisy, Inang FC dan Nova FC.

Demikian sedikit latarbelakang sejarah penganjuran Liga Super BBR. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, penganjuran kali ini mendapat sentuhan nilai KARMA. Pihak KARMA berjaya membawa selebriti Harimau Malaya bagi memeriahkan lagi Demam Bola di BBR ini. Malah, dengan adanya ‘tetamu’ yang dikenali ramai ini, Final liga menjadi lebih formal dan lebih teratur terutama dari sudut persediaan seperti khemah dan PA system dan protokal VIP.
 
Tepat 4.30 petang, tapak Karnival Rakan Masjid menerima kehadiran saudara ZAINAL ABIDIN HASSAN lagenda bolasepak Malaysia tatkala Pengarah KARMA masih meraikan saudara Kamal Affendi Hashim. Hahhaaa… apalagi, sekali jalan ajer la… jemput minum dulu….. Rupanya, kedua-dua mereka ini adalah rakan baik. Kecoh ruang jamuan KARMA dengan gelak ketawa dek gelagat kedua-dua tetamu ini.

 

Sebaik sahaja saudara Kamal Affendi Hashim memandu pulang dari tapak Karnival, saudara Zainal Abidin Hassan dibawa ke ‘stadium BBR’ dengan diiringi oleh saudara Pengarah KARMA, saudara Helmi Ikhsan dan saudara Zulkifli Md Arif.
Oh ya… pasukan mana yang masuk final erkkk?
Final Liga Super 2012 telah menemukan Inang FC vs Despira FC.

 

Semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagi NEGARAKU. Sebagai VIP, saudara Zainal Abidin Hassan diperkenalkan kepada semua para pemain, pengadil dan pegawai perlawanan. Sebelum gimik sepak mula dilakukan, saudara Zainal Abidin Hassan juga diminta member ucapan. Dalam ucapan beliau amat berterima kasih kepada pihak penganjur dan amat mengalu-alukan penganjuran liga bolasepak di peringkat komuniti demi pembangunan sukan bolasepak di Malaysia.


Tepat jam 5.30 petang, wisel dibunyikan untuk pertarungan selama 35 minit pada separuh masa pertama. Sebelum berhenti rehat, kedudukan Inang FC 0-1 Despira FC.

 

Di ketika waktu rehat selama 10 minit, sepakan penalty dilakukan bagi menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 antara Andira FC melawan Avista FC. 

   

Keputusannya, Andira FC 5-4 Avista FC. Jadi, Andira FC Berjaya merebut tempat ke-3 dengan hadiah wang tunai RM 100.00. Walau bagaimanapun, tempat ke-4 juga memperolehi nilai hadiah yang sama. Hanya kedudukan sahaja yang membezakan kedua-dua pasukan. Hadiah tetap sama kerana perlawanan 70 minit tidak dilangsungkan. Kan adil tuuu…


Bersambung lagi 35 minit separuh masa kedua, Inang FC  berjaya memperolehi 1 gol sebelum Despira FC menambah 1 lagi gol. Tamat permainan jam 6.50 petang, Despira FC berjaya muncul juara edisi ke-2 Liga Super BBR menewaskan Inang FC 2-1 dengan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta piala pusingan Liga Super BBR. 
 

Manakala Inang FC membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 sebagai pemenang ditempat ke-2. Saudara Zainal Abidin Hassan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

 
Cenderahati buat Zainal Abidin Hassan.... TQ bro.

 
Tempat ke-4: Avista FC

 
Tempat ke-3: Andira FC


 
Tempat ke-2: Inang FC


Juara: Despira FC


Tepat jam 7.10 petang, majlis bersurai dan semua hadirin dijemput untuk menjayakan program KARMA di tapak karnival bagi acara malam dengan hidangan Forum Addin “OMBAK RINDU”.



  


     





 







Friday, August 24, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA - Sembang Jenayah Bersama Kamal Affendi Hashim





 
 


PADA asalnya, saudara Kamal Affendi Hashim memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau mungkin akan tiba dilokasi terlewat sedikit dari yang dijadualkan. Beliau ada program di Simpang Pulai yang akan berakhir jam 11 pagi. Untuk ke lokasi KARMA BBR 2.0 tepat jam 2.00 petang adalah mustahil memandangkan jarak yang jauh, trafik yang tidak diketahui tahap sibuknya dan beliau sendiri tidak pernah ke Bandar Bukit Raja iaitu sesuatu yang mustahil untuk beliau hadir tepat pada masanya.



TEPAT JAM 2.00 PETANG pada 30 Jun 2012, terpacul berdiri di meja deejay seorang yang dikenali ramai di kaca tv. Kelibatnya tidak ubah seperti seorang penganalisis jenayah yang tersohor dan tak lekang dengan beg galasnya. Memang sah! KAMAL AFFENDI HASHIM dah sampai.


Tanpa pengetahuan penganjur
Tanpa ditanya mana tapak karnival
Tanpa disambut
Tanpa disangka-sangka... program dah boleh dimulakan tepat jam 2.00 petang

Begitulah hebatnya disiplin seorang penganalisis jenayah yang bernama KAMAL AFFENDI HASHIM.



Kehadiran beliau telah menarik pengunjung untuk berkumpul di khemah yang disediakan.
Tak sabar mendengar celoteh beliau
Tak sabar berhibur dengan lawak selamba beliau
Tak sabar nak tahu... sama tak ngan dalam tv perangai dia
Tak sabar mendapatkan tips-tips keselamatan... pasal ragut... rogol... samun... dadah.. jenayah siber.. bla bla bla



Pertama kali bersua.. semacam dah lama kenal
Tak pernah jumpa.. tapi mulutnya tak berhenti-henti bercakap
Macam ditengok dalam tv.. cam tu la dia kat luar... asyik menyakat orang jerrrrrrr



Itulah hebatnya daya komunikasi seorang penganalisis jenayah yang bernama KAMAL AFFENDI HASHIM.


Tak kira sapa...
Lelaki
Wanita
Muda 
Dah Berumur
Budak kecik
Budak sekolah
.... semua disakatnya.

Leman si deejay asyik kena jer sepanjang sesi SEMBANG JENAYAH nyerrrr.
Apatah lagi 2 orang pembantu yang buat demo.
Aku yang tukang bawak air pun kena jugak.

Memang tak ngantuk la petang-petang cam gitu..
Ya tak ya jugak yerrrr... kalu sembang serious... alamak mengantuk la jawabnya.

Sembang Jenayah... kan serious bunyi nyer..
Tapi kalu dibawa dalam bentuk santai... kan lebih enak...!

Syabas dan Tahniah buat KAMAL AFFENDI HASHIM... anda memang terbaik...!
Syukur pada Allah SWT dikurniakan bakat yang hebat seperti ini. 
Leh call lagi niiii...




Program Sembang Jenayah ini turut dihadiri oleh kira-kira 40 orang pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Tinggi Hisamudin sebagai tetamu istimewa.... terima kasih atas sokongan. Diharap anda semua mendapat manfaat daripada program yang telah diaturkan dan mendapat sesuatu daripada celoteh yang disampaikan oleh penceramah. Semoga apa yang disampaikan diambil sebagai iktibar dan panduan untuk berjaya kelak.
       



Acara ini berakhir tepat jam 4.30 petang dengan penyampaian saguhati kepada adik-adik tetamu jemputan. 


 

Sedang elok tengah raikan Kamal Affendi Hashim dan para tetamu jemputan makan-makan.... ZAINAL ABIDIN HASSAN pulak datang.... perghhhh... ikuti cerita BOLA pulak




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SEMBANG JENAYAH BERSAMA KAMAL AFFENDI HASHIM