Saturday, August 18, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA- Demonstrasi Bomba & Penyelamat


SEBAIK sahaja selesai majlis perasmian, suasana karnival tiba-tiba cemas. Pengunjung dikejutkan dengan kebakaran satu pondok berhampiran tapak karnival yang didiami oleh sepasang suami isteri. Hampir kesemua pengunjung bertempiaran lari menuju ke tempat kejadian termasuk juga para peniaga.





Selang beberapa minit, muncul trak bomba dengan satu platun anggota bomba dari Balai Bomba Sg Pinang. Dengan kepantasan dan kecekapan wira Malaysia ini, api dapat dipadamkan dalam masa tidak sampai 5 minit.





Kemudian muncul pula ambulan penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia membawa sepasang mangsa kebakaran berkenaan keluar dari lokasi kejadian menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.





 


 




Suasana panik kembali tenang dan para pengunjung memberi tepukan tangan sebagai tanda terima kasih kepada Wira-wira Malaysia atas kecemerlangan dalam tugasan masing-masing.

So... jangan main api.. kelak akan membakar diri... kerana api tidak mengenal siapa jua mangsanya..






 






 








 


Sama sama sanjungi wira kita.

No comments:

Post a Comment