DEMAM EURO 2012. Sempena dengan penganjuran Euro 2012 di
Poland dan Ukraine, Liga Super BBR sekali lagi dianjurkan dengan Piala Liga Liga
Super BBR menjadi rebutan beserta hadiah wang tunai yang menarik.
Jika musim
lalu hanya 4 pasukan yang bertanding dengan Casabella FC menjadi juara sulung
mengenepikan KR Daisy, tahun ini pihak penganjur berjaya mendapatkan 7 pasukan
untuk merebut kejuaraan musim ke-2. Memandangkan ahli jawatankuasa penganjur
Liga Bolasepak dan ahli jawatankuasa KARMA 2.0 rata-rata merupakan ‘muka yang
sama’, lantas penjadualan liga dibuat sebaik mungkin.
Lalu dijumpailah bahawa 30 JUN 2012 sebagai tarikh keramat iaitu
….
- * Hari pertama KARMA 2.0 dan boleh dimasukkan
sebagai salah satu aktiviti rasmi
- * Demam Euro sampai ke kemuncak iaitu sehari
sebelum Final antara Spain vs Italy
- * Sesuai dengan jadual liga yang mana mengambil
masa 2 bulan bermula 5 Mei 2012
- * Jadual liga perlu dihabiskan sebelum Ramadhan
bermula iaitu 21 Julai 2012.
Bertitiktolak pada 11 April 2012, satu mesyuarat khas telah
berlangsung khusus membincangkan pelantikan ahli jawatankuasa penganjur dan
penetapan syarat-syarat penyertaan.
Pengerusi – wakil pasukan KR Daisy
Timbalan Pengerusi – wakil pasukan Casavista
Setiausaha – wakil pasukan Casabella
Bendahari – wakil pasukan campuran
Pada 1 Mei 2012, majlis undian kumpulan dilakukan.
KUMPULAN A: Avista FC, Bella FC dan Despira FC
KUMPULAN B: Andira FC, KR Daisy, Inang FC dan Nova FC.
Demikian sedikit latarbelakang sejarah penganjuran Liga
Super BBR. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, penganjuran kali ini
mendapat sentuhan nilai KARMA. Pihak KARMA berjaya membawa selebriti Harimau
Malaya bagi memeriahkan lagi Demam Bola di BBR ini. Malah, dengan adanya ‘tetamu’
yang dikenali ramai ini, Final liga menjadi lebih formal dan lebih teratur
terutama dari sudut persediaan seperti khemah dan PA system dan protokal VIP.
Tepat 4.30 petang, tapak Karnival Rakan Masjid menerima
kehadiran saudara ZAINAL ABIDIN HASSAN lagenda bolasepak Malaysia tatkala
Pengarah KARMA masih meraikan saudara Kamal Affendi Hashim. Hahhaaa… apalagi,
sekali jalan ajer la… jemput minum dulu….. Rupanya, kedua-dua mereka ini adalah
rakan baik. Kecoh ruang jamuan KARMA dengan gelak ketawa dek gelagat kedua-dua
tetamu ini.
Sebaik sahaja saudara Kamal Affendi Hashim memandu pulang
dari tapak Karnival, saudara Zainal Abidin Hassan dibawa ke ‘stadium BBR’
dengan diiringi oleh saudara Pengarah KARMA, saudara Helmi Ikhsan dan saudara
Zulkifli Md Arif.
Oh ya… pasukan mana yang masuk final erkkk?
Final Liga Super 2012 telah menemukan Inang FC vs Despira
FC.
Semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagi NEGARAKU. Sebagai VIP, saudara Zainal Abidin Hassan diperkenalkan
kepada semua para pemain, pengadil dan pegawai perlawanan. Sebelum gimik sepak
mula dilakukan, saudara Zainal Abidin Hassan juga diminta member ucapan. Dalam
ucapan beliau amat berterima kasih kepada pihak penganjur dan amat
mengalu-alukan penganjuran liga bolasepak di peringkat komuniti demi
pembangunan sukan bolasepak di Malaysia.
Tepat jam 5.30 petang, wisel dibunyikan untuk pertarungan
selama 35 minit pada separuh masa pertama. Sebelum berhenti rehat, kedudukan
Inang FC 0-1 Despira FC.
Di ketika waktu rehat selama 10 minit, sepakan penalty dilakukan
bagi menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 antara Andira FC melawan Avista
FC.
Keputusannya, Andira FC 5-4 Avista FC. Jadi, Andira FC Berjaya merebut
tempat ke-3 dengan hadiah wang tunai RM 100.00. Walau bagaimanapun, tempat ke-4
juga memperolehi nilai hadiah yang sama. Hanya kedudukan sahaja yang membezakan
kedua-dua pasukan. Hadiah tetap sama kerana perlawanan 70 minit tidak
dilangsungkan. Kan adil tuuu…
Bersambung lagi 35 minit separuh masa kedua, Inang FC berjaya memperolehi 1 gol sebelum Despira FC
menambah 1 lagi gol. Tamat permainan jam 6.50 petang, Despira FC berjaya muncul
juara edisi ke-2 Liga Super BBR menewaskan Inang FC 2-1 dengan membawa pulang
wang tunai RM500.00 beserta piala pusingan Liga Super BBR.
Manakala Inang FC
membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 sebagai pemenang ditempat ke-2. Saudara
Zainal Abidin Hassan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada semua
pemenang.
Cenderahati buat Zainal Abidin Hassan.... TQ bro.
Tempat ke-4: Avista FC
Tempat ke-3: Andira FC
Tempat ke-2: Inang FC
Tepat jam 7.10 petang, majlis bersurai dan semua hadirin
dijemput untuk menjayakan program KARMA di tapak karnival bagi acara malam
dengan hidangan Forum Addin “OMBAK RINDU”.
No comments:
Post a Comment