
SEAWAL 6.45 PAGI, bas telah pun tiba di gelanggang rekreasi
depan Econsave Klang Utama bagi menunggu untie-untie Persatuan Tai-chi Klang
Utama. Pengarah program dengan ditemani 2 AJK berkaitan hadir bagi member keyakinan
kepada untie-untie tersebut supaya menaiki bas berkenaan. Maklum la… risau
jugak mereka.. kalau main pakai naik je bas.
Selepas menunggu dan berkumpul selama 15 minit, jam 7.00
pagi tayar bas bergolek menuju ke tapak Karnival. Jarak tak jauh. Dalam 15
minit kemudian dah boleh sampai. Cuma yang menarik di sini, gelagat untie-untie
yang seramai 25 orang. Mereka seolah-olah rekrut tentera yang menunjukkan
komitmen dan disiplin yang tinggi meskipun program yang diaturkan ini bukanlah
dari bangsa dan agama mereka. Inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia.

Inilah yang dikatakan warga emas… mulut masing-masing tak
pernah sunyi bersuara. Sebenarnya mereka seronok… berkumpul… mengira bilangan
rakan-rakan…. beratur naik bas… menikmati pemandangan sama-sama dalam bas… bergerak
berbaris setibanya di tapak KARMA BBR..
Mulanya nak berTAICHI kat ruang depan pentas jer… pastu ada
pulak yang ajak naik ke atas pentas… Setup punya setup… macam tak cukup ruang…
Turun pulak ke bawah… Last sekali, Pengarah KARMA terpaksa bagi arahan… “Untie,
saya rasa elok kita semua turun buat Taichi kat tepi pentas aje.. sesapa yang
datang nak join Taichi, just masuk je kat barisan belakang.. Kalau atas pentas…
cukup-cukup untie dan kawan-kawan ajelah…”.
Orang lama lah katakan… masing-masing ada pendapat dan
pendirian sendiri… Lepas je Pengarah KARMA cakap gitu.. semua turun bawah… elok
jer berbaris .
7.30 pagi… mula lah semua berTaichi… termasuk jugalah para
warga BBR yang nak join.
Seronok..memang seronok. Taichi memang dikaitkan dengan
masyarakat Cina. Namun, sebenarnya ia sesuai untuk semua golongan. Ia senaman
dengan pergerakan lembut tetapi mengajar kita cara menggunakan teknik
pernafasan yang betul.
Lama-lama buat… rasa jugak penatnya. Yang paling bestnya…
senaman ni tak perlu konduktor kat depan.. tapi sebaliknya semua ahli serentak
melakukan perkara yang sama… Hebat.. ibarat kawad hantu (kawad tentera yang
dilakukan semasa persembahan TATU)…
Selesai jer Taichi.. 35 untie tadi dijamu dengan sarapan
pagi. Sebelum balik, adalah sedikit buah tangan setiap orang. Pengarah KARMA
juga turut menyampaikan sumbangan tunai buat persatuan mereka untuk memajukan
lagi senaman ini. Dengan layanan istimewa ini…. Untie-untie Taichi ini cukup
seronok… ia makin ketara semasa sesi bergambar dan perarakan balik menaiki bas.

Diharap dengan hubungan yang mesra ini… mampu melahirkan masyarakat yang mesra dan dapat dilakukan lagi pada masa-masa yang akan datang.


Diharap dengan hubungan yang mesra ini… mampu melahirkan masyarakat yang mesra dan dapat dilakukan lagi pada masa-masa yang akan datang.