Sunday, September 23, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI KEDUA- Senaman Taichi


SEAWAL 6.45 PAGI, bas telah pun tiba di gelanggang rekreasi depan Econsave Klang Utama bagi menunggu untie-untie Persatuan Tai-chi Klang Utama. Pengarah program dengan ditemani 2 AJK berkaitan hadir bagi member keyakinan kepada untie-untie tersebut supaya menaiki bas berkenaan. Maklum la… risau jugak mereka.. kalau main pakai naik je bas.
 
Selepas menunggu dan berkumpul selama 15 minit, jam 7.00 pagi tayar bas bergolek menuju ke tapak Karnival. Jarak tak jauh. Dalam 15 minit kemudian dah boleh sampai. Cuma yang menarik di sini, gelagat untie-untie yang seramai 25 orang. Mereka seolah-olah rekrut tentera yang menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi meskipun program yang diaturkan ini bukanlah dari bangsa dan agama mereka. Inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia.

Inilah yang dikatakan warga emas… mulut masing-masing tak pernah sunyi bersuara. Sebenarnya mereka seronok… berkumpul… mengira bilangan rakan-rakan…. beratur naik bas… menikmati pemandangan sama-sama dalam bas… bergerak berbaris setibanya di tapak KARMA  BBR..

   
Mulanya nak berTAICHI kat ruang depan pentas jer… pastu ada pulak yang ajak naik ke atas pentas… Setup punya setup… macam tak cukup ruang… Turun pulak ke bawah… Last sekali, Pengarah KARMA terpaksa bagi arahan… “Untie, saya rasa elok kita semua turun buat Taichi kat tepi pentas aje.. sesapa yang datang nak join Taichi, just masuk je kat barisan belakang.. Kalau atas pentas… cukup-cukup untie dan kawan-kawan ajelah…”.

 

Orang lama lah katakan… masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri… Lepas je Pengarah KARMA cakap gitu.. semua turun bawah… elok jer berbaris .
7.30 pagi… mula lah semua berTaichi… termasuk jugalah para warga BBR yang nak join.



1.. 2.. 3.. 4.. 5.. 6.. 7.. 8… 8 lagi

 
Seronok..memang seronok. Taichi memang dikaitkan dengan masyarakat Cina. Namun, sebenarnya ia sesuai untuk semua golongan. Ia senaman dengan pergerakan lembut tetapi mengajar kita cara menggunakan teknik pernafasan yang betul.

  

Lama-lama buat… rasa jugak penatnya. Yang paling bestnya… senaman ni tak perlu konduktor kat depan.. tapi sebaliknya semua ahli serentak melakukan perkara yang sama… Hebat.. ibarat kawad hantu (kawad tentera yang dilakukan semasa persembahan TATU)…

     

Selesai jer Taichi.. 35 untie tadi dijamu dengan sarapan pagi. Sebelum balik, adalah sedikit buah tangan setiap orang. Pengarah KARMA juga turut menyampaikan sumbangan tunai buat persatuan mereka untuk memajukan lagi senaman ini. Dengan layanan istimewa ini…. Untie-untie Taichi ini cukup seronok… ia makin ketara semasa sesi bergambar dan perarakan balik menaiki bas.

  

Diharap dengan hubungan yang mesra ini… mampu melahirkan masyarakat yang mesra dan dapat dilakukan lagi pada masa-masa yang akan datang.

   

No comments:

Post a Comment