Monday, September 3, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA- Forum Addin "OMBAK RINDU"



OMBAK RINDU.... Ramai orang kita yang masih demam dengan filem popular tanahair sehingga telah mengiktirafkan pelakon utamanya Aaron Aziz sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

   



Tahukah kita disebalik nama OMBAK RINDU yang dipaparkan. Forum Addin telah mengupas topik ini dalam konteks islamik melalui ahli panel Ustaz Dr Shauqi Othman (UPM) dan Ustazah Zawiyah Hassan (Mudhirah Ustaz Pilihan Astro Oasis) dengan perantaranya dikemudi oleh Ustaz Kapten Asri yang mengambil tempat Ustaz Zulkifli Ahmad yang keuzuran di saat akhir.

 


Selepas solat maghrib berjemaah yang diimami oleh Ustaz Zabar (Imam Masjid Kg Batu Belah), semua jemaah langsung berjemaah solat hajat Perdana. Selepas berehat seketika menunggu ketibaan pada ahli panel, semua hadirin sekali lagi bersolat Isyak secara berjemaah di surau sementara yang disediakan.

    

Tepat jam 9.00 malam, forum dimulakan meskipun Ustaz Dr Shauqi Othman masih diperjalanan ekoran masalah trafik. Walau bagaimanapun, beliau tiba jua... tepat jam 9.18 malam.






Antara lain yang dapat dipetik dari kupasan Ombak Rindu ini;

1. Rindu kita pada masjid
2. Rindu kita pada Allah
3. Rindu kita pada Rasulullah
4. Rindu kita pada zaman kegemilangan Islam di Mekah dan Madinah
5. Ambil iktibar pada kejadian ombak tsunami- sebagai amaran kepada kita untuk berubah
6. Perjuangan Rasulullah - betapa mencabarnya dalam penyebaran Islam tidak seperti kita sekarang.
7. Kita dimewahkan dengan kemudahan... syukurlah kita dengan kurniaan Allah SWT
8. Mari buktikan kecintaan kita terhadap agama Allah dengan membantu pembinaan Masjid BBR
9. Tugas membina rumah Rumah adalah tanggungjawab semua penduduk, bukan hanya AJK dilantik sahaja.
10. Sama-samalah imarahkan/pengisian rumah-rumah Allah terutama surau sebagai latihan sebelum mendapat masjid(rumah Allah yang lebih besar).

Kehadiran ahli panel yang popular dan lawak bersahaja moderator telah berjaya mencuit hati para pengunjung.


  




 


 


 







Para petugas kutipan dana diberikan ruang  untuk membuat rondaan kutipan semasa forum berhenti rehat sebentar.




   


    


Forum tamat kira-kira jam 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment