Para penghibur yang terlibat merupakan artis-artis hijrah yang terdiri daripada saudara Mel WINGS, Ustaz Radzi MELLISA, Iwan Syahman (DANGDUT), Q-Har bersama band Hiraki.
Dikatakan hiburan dalam Islam ini adalah kerana setiap nyanyian yang disampaikan oleh artis jemputan ini hanyalah lagu-lagu berunsurkan pujian kepada Allah dan Rasulullah. Malah, para tetamu juga diminta bersama-sama berselawat terlebih dahulu. Ini jelas pada persembahan Iwan Syahman yang mana banyak lagu baru beliau merupakan lagu yang mempunyai unsur selawat.

Adat persembahan konsert... semakin larut semakin rancak. Mula-mula persembahan semacam malu-malu jer masing-masing... baik penyanyi mahupun penonton. Dah lama-lama... mulalah kaki bergetar dan mulut mengikut nyanyian.

Akhirnya... kesemua penyanyi dijemput menyanyi bersama-sama pada lagu penutup iaitu "Ya Allah" nyanyian asal Wali Band.
Konsert berakhir pada jam 11.45 malam dan kelihatan ramai tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar dengan artis-artis hijrah ini.
No comments:
Post a Comment