Sunday, December 30, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI KEDUA - Majlis Penutup

Sebaik selesai solat Isyak berjemaah di belakang pentas utama.... Majlis Penutup telah berlangsung dengan dipengerusikan oleh saudara Azahar Mohd Yunus. Ahli Majlis MPK bagi ADUN Meru telah hadir iaitu Ustaz Nor Najihan selaku VIP penutup. Turut bersama ialah Ketua Kampung Batu Belah Tn Hj Ajran Abdul Hamid dan beberapa orang kanannya.



Ustaz Nor Najihan dalam ucapannya memuji penganjuran program ini dan mendoakan agar usaha mengutip sumbangan bagi tujuan membina sebuah masjid di sini dipermudahkan oleh Allah SWT. Beliau juga menyatakan akan berterusan menyokong segala usaha untuk tujuan pembinaan ini.



Beliau juga telah melancarkan kempen sasaran kutipan RM 1.0 Juta pertama pada penghujung tahun ini.

Di samping itu, semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam KARMA 2.0 ini dihargai dengan sedikit sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Nor Najihan.... baik kepada individu-individu mahupun agensi yang terlibat.

No comments:

Post a Comment