Sunday, December 30, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI KEDUA - Sedetik Bersama Ustaz Zamri MANTOP

"IBU BAPA BIJAK, ANAK-ANAK SOLEH"



USTAZ ZAMRI MANTOP... Sapa tak kenal?.

Beliau merupakan pengasas Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd dan lebih popular dalam rancangan TV berasaskan keagamaan.... Akademi Al-Quran... Mari Mengaji... dan banyak lagi.

KARMA 2.0 membawakan personaliti TV datang ke sini secara LIVE.. depan mata... dapat berinteraksi.. nak tanya soalan.. tanyalah... apa lagi... sayugia seronoklah para ibu bapa yang bijaksana.. pandai menggunakan peluang yang ada.




Dengan tajuk sembang... "IBU BAPA BIJAK, ANAK-ANAK SOLEH"... Ustaz Zamri memang profesional... tidak kekok mengendalikan audians.. dengan bersahaja... dan cerita-cerita yang menarik ibu bapa yang hadir... dengan kuiz yang diadakan... telah menghidupkan persembahan 'Sembang" beliau.

Dari pemerhatian pihak penganjur... kira-kira 700 orang telah berkumpul di tapak berkenaan pada satu masa... suasana memang sesak... tambah lagi dengan peserta Street Soccer... malah program ini juga turut dihadiri oleh tetamu khas iaitu kira-kira 40 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim AMAN Seksyen 2 Shah Alam dengan baju seragam berwarna kuning.







Seorang ibu dari Jalan Kasban MERU yang ditemui, Puan Norlizah Mat... beliau amat teruja dengan program ini dan amat berterima kasih atas penyampaian ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Zamri. Menurut beliau lagi, beliau tidak menyangka kunjungan beliau ke tapak karnival hanyalah sekadar menyinggah... namun sedar tak sedar telah menghampiri 2 jam di situ dengan sembang santai oleh Ustaz Zamri di samping melayan anaknya terhadap maskot Upin dan Ipin. Beliau juga turut membeli beberapa buku yang dijual oleh pembantu Ustaz Zamri.

Slot Ustaz Zamri bermula selepas sketsa Upin Ipin berakhir iaitu kira-kira jam 10 pagi dan berakhir 2 jam kemudiannya sebelum Upin Ipin sekali lagi mengambil alih perhatian audians. Namun, sedar tak sedar... sebenarnya Ustaz Zamri telah berceloteh sehingga jam 12.40 tengahari iaitu lewat 40 minit.

Terima kasih atas respon penonton... dan tahniah kerana menjadi sebahagian orang yang mengimarahkan program-program masjid. Insya Allah.. jika ada rezeki... lain kali kita jumpa lagi... dengan perancangan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment