Saturday, December 29, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI KEDUA- Street Soccer 3 ON 3 Challenge


JAM 9.00 pagi... tapak KARMA dikunjungi oleh puluhan lelaki aktif yang menyahut cabaran bermain bola sepak jalanan (Street Soccer) 3 sepasukan.

                                 


Seramai 16 pasukan berjaya didaftarkan yang terdiri dari pelbagai bangsa... Melayu, Cina dan India.

   
Juga pelbagai peringkat umur... belasan tahun... dua puluhan.. tiga puluhan.. empat puluhan pun ada.

     

Pelbagai peringkat kerjaya.... budak sekolah... graduan... baru masuk kerja.... bos kecik.... bos besar... mahupun si 'penanam anggur'.

  

Dan pelbagai peringkat pangkat.... kedet (bujang)... leftenan muda (anak sorang)... leftenan (anak 2 orang)... kapten (anak 3 orang)... mahupun mejar (beranak pinak)....

 

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh saudara Nazri Mohamed Nor selaku Pengerusi JPMBBR dengan melakukan sepak mula bola ke arah gol.

                                    
JUARA

NAIB JUARA

KETIGA                                                                             KEEMPAT  

      
BARISAN PENGADIL YANG TELAH BERJASA






 

PARA PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN MENGIKUT KRITERIA


BARISAN PENERAJU KEJOHANAN YANG BERJASA


    


Kejohanan ini adalah anjuran bersama AJK KARMA dengan Persatuan Penduduk Casabella yang diketuai oleh En Rosdan Teh. Kredit buat persatuan penduduk ini atas usaha yang digerakkan. Semoga menjadi peransang kepada lain-lain persatuan penduduk di BBR ini untuk bersama dengan Jawatankuasa Pembinaan Masjid BBR mencapai misi kita bersama.




  

 


Ia telah berjaya mencungkil bakat orang-orang di BBR yang selama ini kurang terdedah dengan aktiviti sukan seperti ini. Dengan adanya platform ini, bukan sahaja bakat dapat dicungkil.... malah merapatkan lagi ukhuwah sesama komuniti di sini selain mempromosikan usaha pembinaan MASJID BANDAR BUKIT RAJA ini.










Kejohanan ini telah mengambil masa 1 hari penuh sehingga ke petang hari. Acara FINAL telah diadakan sebaik selepas solat asar dengan upacara penyampaian hadiah telah di'cemar duli' oleh Yang Berusaha saudara Azahar Mohd Yunus selaku Pengerusi Surau Ar Raudhah iaitu satu-satunya surau yang ada dan aktif di kawasan perumahan ini.


  
      



1 comment:

  1. Super-Duper site! I am Loving it!! Will come back again, Im taking your feed also, Thanks. bandar bola

    ReplyDelete