Sunday, December 30, 2012

KARMA BBR 2.0 HARI KEDUA - Upin Ipin Bantu Kutip Derma



Sebagaimana dijadualkan..... 9.30 pagi adalah sesi bersama Upin Ipin bagi acara pentas. Ini merupakan strategi menarik kanak-kanak ke tapak karnival ini. Terdapat 2 slot kemunculan maskot Upin dan Ipin ini iaitu sebagai pembuka dan penutup slot bersama Ustaz Zamri MANTOP.

Pagi Ahad yang cool ini dihebohkan dengan program untuk pendidikan anak-anak. Slot pertama Upin Ipin adalah untuk tujuan seloka warga BBR bersama maskot. Interaksi dua hala dilakukan melalui kuiz dan    sketsa.

Hadiah?... tentulah ada... tu yang budak-budak lagi seronok.

Sebenarnya... tangkap gambar lagi penting buat mereka. Inilah kenangan seumur hidup yang tak boleh dilepaskan oleh mereka.



Slot kedua Upin Ipin banyak dipenuhi dengan acara kutipan derma. Maskot Upin dan Ipin masing-masing sukarela memegang tabung derma pembinaan Masjid BBR dan kanak-kanak memasukkan duit ke tabung berkenaan. Selain dapat bersalam... apalagi... bergambar la...

Bukan itu saja.. 2 maskot berkenaan telah mengelilingi tapak karnival sehingga meronda ke gerai-gerai jualan dan pameran.... apalagi... derma laaaa....

Alhamdulillah... kutipan melalui tabung berkenaan amat memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment